Wednesday, August 25, 2010
rata
langkah terhenti seketika. pemikiran tepu sejenak. igauan ini perit untuk aku telan dan terima. punah sudah harapan? aku tak tahu. aku sedar langkah ini perlu juga diteruskan, tapi bagaimana hendak ku teruskan, andai aku lemah untuk kehadapan? aku tak tahu. sinar yang aku miliki semakin pudar. sinar ini juga pinta untuk dijauhi. mampukah aku untuk berbuat sedemikian? aku perlukan sinar ini, kerna sinar ini yang menyuluh aku dikala aku terjerumus dalam kegelapan. putih mata ku melihat diri ku yang sedemikian rupa kini. pucat penat lesu. aku sudah jatuh kembali. sinar manakah yang mampu menyuluh aku lagi? aku tak tahu. harap ia menyinari hari aku kembali. harap kau jua begitu wahai sinar. ku pinta kau dampingi ku sentiasa. sinar ini sahaja yang membuat hari aku indah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment